dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat My Idol Character @ Unimap

6 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2025, NADI dan pihak MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan Kempen Internet Selamat @ My Idol Character yang telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersama 45 buah sekolah rendah di Perlis. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang bahaya internet dengan cara bermain permainan mengikut ”checkpoint” dan ”passport” yang telah diberikan mengikut kumpulan. Seramai lebih kurang 360 orang pelajar sekolah terlibat dalam program tersebut dan beberapa NADI juga turut berkerjasama dalam melancarkan program iaitu NADI Batas Lintang, Nadi Tambun Tulang, NADI Kampung Surau, NADI Padang Besar Selatan, NADI RPA Arau, NADI Bintong, NADI Pokok Jawi, NADI Kampung Pauh, NADI Sri Bakong, NADI Tok Kayaman, NADI Padang Pauh, NADI PPR Sri Sena, NADI Felda Rimba Mas, NADI Felda Chuping, NADI Beseri dan NADI Felda Mata Air.

Selain itu, kanak - kanak juga diberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka ketika menggunakan telefon pintar dalam melayari internet agar terhindar dari bahaya seperti cyber grooming, scammer, siber buli dan sebagainya. Para pelajar juga didedahkan dengan aplikasi pembelajaran yang lebih menarik untuk di teroka seperti Didik Tv, National Geographic, Youtube kids dan sebagainya. Pendedahan tentang pembelajaran ChatGPT dan AI juga turut diberikan kerana aplikasi tersebut sudah menjadi sebuah aplikasi terkenal yang selalu digunakan pada masa kini. Program ini juga dapat memberi pendedahan secara interaktif kepada kanak – kanak dalam memberikan ilmu pengetahuan justeru menarik pelajar untuk sentiasa peka dalam sesi soal jawab yang diberikan oleh fasilitator.

Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..